Tuesday, 20 December 2011

cara memancing ikan parit (haruan,keli)

menurut kajian tanpa henti saya, cara terbaik memancing haruan di tasik, parit dan sungai ialah umpan cicak....... ini kerana entahlah tapi banyak telah berhasil.. caranya mudah sangkut je cicak dengan mata kail yang ade penghadang atau spring dan baling dan tarik seperi gewang biasa. anda boleh juga tarik dengan perlahan, ikan haruan adalah paling susah nak sangkut. jika anda terasa tarikan atau getaran pada umpan, anda jangan terus rembat atau balas, biarkan ikan tadi tarik seketika agak-agak 1 minit barulah balas. ni baru dapat ikan yang dikehendaki.jika anda agak terlewat menyedarinya, umpan anda sudah  dibuang dari mulut ikan tadi jangan risau biar kan ia di situ (berhenti menggulung tali) biarkan umpan itu jatuh ke lantai tasik. biarkan seketika mesti ikan tadi makan balik umpan anda. jika anda perasan ikan sedang mengejar umpan yang anda tarik jangan berhenti menggulung tali, gulung seperti biasa. jika anda melihat percikan air diumpan anda(jika umpan di tarik atas permukaan air) jangan terus balas, balas apabila terasa tarikan. cara terbaik membuat lontaran ialah dikawasan yang kurang atau tiada ikan kecil menimbul dipermukaan air itu. ini kerana jika ikan besar ada ikan kecil akan lari dari situ  
  untuk memancing keli pula anda boleh juga guna cicak tapi lebih elok cacing panjang dan lagi elok guna soft plastik yang panjang bentuk cacing. pastikan ada timah. tarik umpan perlaha-lahan di dasar sungai. ikan ini makan perlahan / manja, jadi anda dinasihat kan terus balas jika ada terasa umpan anda dimakan.
untuk peminat fly fishing/ pancing layang anda boleh juga mencuba di parit. mengikut pengalaman saya mancing layang di parit lebih seronok kerana banyak ikan kecil seperti puyu mengejar umpan.guna mata kecil lebih elok.